Antara tips-tipsnya:
- Banyakkanlah membaca untuk subjek-subjek yang menghafal.Contohnya biologi dan sejarah.Lepas baca tu cerita kat orang.Ikutla kat sape-sape pun sebab dengan bercerita tu,memori kita akan jadi semakin kuat.
- Amalkan amalan pemakanan yang sihat.Jangan dok makanla junk food masa nak spm ni.Tahan nafsu.Maggi,mamee,ibumie, dan yang sewaktunya dengannya janganlah diamalkan masa nak exam.Sebagai contoh,3 hari lagi nak exam,makan maggi pulak.
- Kalau bagi muslim,banyakkanlah solat hajat.Akak dulu pun jarang buat solat hajat sebab malas punya pasal tapi masa spm tu akak terfikir,kenapala aku tak buat solat hajat dulu?Menyesal sangat2x...waktu yang afdal untuk solat hajat ialah dalam pukul 3 atau 4 pagi bukan petang ye.Minta kat Allah supaya terangkan pintu hati,kuatkan daya ingatan semasa belajar dan apa yang paling penting kena doa untuk ibu bapa kita. Masa sekolah dulu,selalu dengar tazkirah ustaz dengan ustazah salah satu doa yang tidak diterima Allah ialah doa seorang anak yang tidak mendoakan kesejahteraan ibu bapa dia.So doa untuk parents dulu.
- Banyakkan buat latihan.Kalau cikgu fizik akak dulu,habis satu chapter belajar,kita buat latihan.Walaupun tak banyak,biarla berbekas buku.Banyak-banyakkanlah revision.
- Buat nota sendiri.Trust me.Kalau buat nota sendiri,nak baca pun best sebab kita faham.Kalau boleh buat nota kecik,boleh letak dalam poket.Akak ambik tips ni dr senior akak.Dia best studentla yang pasti.Akak tak buat pun.Malas sekarang menyesal *sobs2x
- Banyakkan amalan sunat macam puasa sunat.Korang bacala mana-mana story pelajar cemerlang,puasa sunat ni mesti akan terselit.Kalau rajin buatla,kalau malas tak payah.
- Jangan study sampai lewat malam.It's really a bad habit honey-bunny.Nanti dalam kelas tak boleh nak fokus belajar.Mulala tidur dalam kelasnya.
- Rajin-rajinla bertanya dengan cikgu.Tunjuk kat cikgu yang mana awk tak pandai buat.Jangan buat senyap jer.Batch akak dulu cikgu sampai kata "bodoh sombong" sebab tak suka bertanya masa cikgu mengajar.Cikgu-cikgu cakap batch tahun akakla paling teruk.Sedih giler tahu tak.